JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ
SOALAN LAZIM (FAQ) :

1.          Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
             Setiap aduan adalah PERCUMA

2.          Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
              Boleh, dengan izin pengadu

3.          Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?
             
Boleh

     Sekiranya aduan melibatkan kepentingan awam dan menyalurkan maklumat yang sahih beserta bukti bagi  membolehkan siasatan terperinci dilaksanakan

4.      Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh JAKOA?
  • Kelewatan / Tiada Tindakan;
  • Tindakan Tidak Adil;
  • Kekurangan Kemudahan Awam;
  • Kepincangan Perlaksanaan Dasar Dan Kelemahan Undang-Undang;
  • Salah Guna Kuasa / Penyelewengan Yang Bukan Bertujuan Mendatangkan Keuntungan;
  • Salah Laku Anggota Awam;
  • Kegagalan Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan;
  • Kegagalan Penguatkuasaan; Dan
  • Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan.


5.      Bagaimana cara saya membuat aduan?

6.      Apa berlaku kepada aduan saya?
  • JAKOA akan mengeluarkan nombor kes / rujukan setelah didaftar dalam sistem;
  • JAKOA akan menghantar Surat Akuan Terima (SAT) dalam tempoh 3 Hari Bekerja;
  • JAKOA akan menghantar Surat Arahan Siasatan kepada Pegawai Pengurusan Aduan;
  • JAKOA akan menjalankan siasatan;
  • JAKOA akan memaklumkan keputusan penyelesaian kes kepada pengadu;
  • Sekiranya aduan diputuskan sebagai kes kompleks oleh Jawatankuasa Penyiasat, kes akan dibawa kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan; dan
  • JAKOA akan menyerahkan borang CSI untuk penilaian pengadu terhadap perkhidmatan pengurusan aduan.
     
7.       Berapa lama JAKOA membuat siasatan?
          Tempoh penyelesaian tertakluk kepada Standard Operating Procedures (SOP) dan Tiga (3) Kategori Aduan seperti berikut:

 

i)

Mudah

:

Lima (5) Hari Bekerja

ii)

Sederhana

:

Lima Belas Hari  (15) Hari Bekerja

iii)

Komples

:

Tiga Ratus Enam Puluh Lima (365) Hari Bekerja

               

 

 

 

 

8.       Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat status aduan saya?
          Status aduan boleh diketahui melalui Semak Maklum balas menggunakan nombor rujukan / kes yang telah      didaftar dalam sistem SISPAA

9.          Berapa lama pertanyaan awam akan dijawab?
       Pertanyaan awam (public enquiries) perlu dijawab dalam tempoh tidak melebihi Lima Belas (15) Hari Bekerja
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader